Selamat Datang Ke Segmen Karya & Ceritera di Laman Kausar Kreatif
Segmen baru ini saya wujudkan sebagai pengisian maklumat dan pandangan berkenaan penghasilan karya dan penceritaan tanah air khususnya dan dunia secara amnya, sama ada dalam bentuk penulisan, drama televisyen atau filem (movie).
Selamat membaca dan jangan lupa meninggalkan komen untuk berkongsi pandangan anda :)

PEMBAHARUAN DI KAUSAR KREATIF

Sila berkunjung ke Laman Baru Kausar Kreatif yang telah diintegrasi. KLIK DI SINI

Klik untuk berkunjung

Klik untuk berkunjung
Sebuah karya e-novel interaktif

Saturday, April 21, 2012

Karya E-Novel Interaktif


Pernah kah anda membaca sesebuah cerita dan berharap anda boleh membuat pilihan selain daripada menurut cerita yang ditulis oleh penulis itu sendiri?

Idea ini telah lama wujud semenjak tahun 1980an lagi melalui karya pengembaraan untuk kanak-kanak.

Konsep novel interaktif
Konsep ini merujuk kepada pilihan yang diberi kepada pembaca untuk menentukan penghujung cerita menurut keputusan yang dipilih. Keputusan berdasarkan pilihan-pilihan yang diberi dalam pelbagai bentuk termasuk reaksi karakter, tindakan yang dibuat dalam satu-satu situasi dan lain-lain. Ini menyebabkan cerita berakhir dengan pelbagai penamat sama ada yang baik atau yang kurang baik berdasarkan pilihan yang telah dibuat oleh pembaca.



Di dalam siri buku kanak-kanak “Choose Your Own Adventure” yang asalnya diterbitkan oleh Bantam Books dan kini diterbitkan semula oleh Chooseco, terdapat pelbagai cara cerita ditamatkan termasuk kejayaan kepada karakter utama, kegagalan yang mengakibatkan kecelakaan atau maut, dan tidak kurang juga plot yang berulang menandakan pembaca perlu mula semula dari awal



Contoh-contoh yang ada sekarang:

1. Buku : 
Pergi ke bab 1 ke bab 3 dan sebagainya, seperti yang ada di dalam siri buku “Choose Your Own Adventure” 











2. Games : 
Pilihan dialog dan tindakan seperti dalam Emerald City Confidential


3. Ebook :
Buku yang dihasilkan dalam bentuk pdf yang dihubungkan dengan menggunakan link

4. Web / Blog :
Link dari satu post ke post yang lain untuk bergerak ke pelbagai page yg ada.
Contohnya adalah novel internet tulisan Geoff Ryman


  

Penggunaan blogspot

Kelebihan e-novel interaktif berbanding e-novel biasa adalah dari perspektif pembaca  di mana pembaca boleh melihat dan membuat keputusan berdasarkan pilihan yang  berbeza.


Cara menghasilkan e-novel interaktif

1. Rancang cerita anda

2. buatkan route map seperti ini






















3. Pastikan cerita awal selari untuk semua ending

4. Buatkan kepelbagaian dalam cerita supaya seolah-olah ada beberapa cerita yang berasingan
Contoh:
Rumah Kecil Tepi Perigi menceritakan tentang misteri kehilangan seorang wanita bernama Mariana. Cerita berunsur thriller dan paranormal
Banglo Antik Putih menceritakan misteri rumah yang seluruh penduduk dan tetamu diracun hingga mati kecuali seorang budak perempuan. Cerita berunsur thriller dan mistik (ilmu hitam)
Pondok Kecil Pinggir Hutan menceritakan tentang seorang gadis misteri yang tinggal berseorangan di hutan. Ceita berunsur mistik (perjanjian dengan syaitan).

5. gunakan link untuk kesinambungan cerita anda.


Contoh idea untuk cerita anda:

1. Gadis dgn 3 pilihan cinta
Cerita 1 lelaki kasanova (ending – rancang dgn kekasih lain kenakan dia)
Cerita 2 lelaki islamik (hidup bahagia dgn anak ramai)
Cerita 3 Lelaki saiko (ending – berjaya kalahkan dia sehingga tertangkap atau mati kerana termasuk perangkap sendiri)

2. Perjalanan
Bermula di point A

> Buat 2 pilihan 

     >  Pilihan 1 : Cerita 1

     >  Pilihan 2 : 2 pilihan lagi

                            > Pilihan 2.1 : Cerita 2
                            > Pilihan 2.2 : Cerita 3

Contoh di internet untuk cerita bercorak perjalanan atau pengembaraan ini ada di laman blog Pena VR dengan tajuk Misteri Mimpi Yana


Misteri Mimpi Yana adalah sebuah kisah misteri yang bermula dari permulaan yang sama, tetapi berakhir dengan tiga kisah berbeza, berdasarkan keputusan yang dibuat oleh watak-watak dalam cerita (lebih tepat lagi, pilihan yang anda buat sebagai pembaca).

 Yana diganggu oleh mimpi misteri, berupa bayangan seorang wanita berjubah putih. Takdir membawanya untuk membongkar rahsia mimpinya bersama empat rakan yang lain - Zalifah, Ivonne, Shanti dan Qila - masing-masing dengan latar belakang dan perwatakan yang berbeza.

 Misteri Mimpi Yana bukan cerita seram yang ingin membuatkan malam anda penuh dengan ketakutan, tetapi sebuah kisah gadis bernama Yana dengan mimpinya yang menimbulkan tanda tanya dan pengembaraannya bersama rakan-rakan yang membongkar misteri mimpi tersebut. Ia adalah sebuah kisah misteri yang disulam dengan unsur thriller, mistik dan paranormal.

 Dalam bahagian pertama ini, Yana mula didatangi mimpi misteri berkenaan seorang wanita. Pelbagai tanda tanya dengan pelbagai keputusan yang perlu dibuat melahirkan tiga penghujung berbeza untuk pengembaraan Yana bersama Zalifah, Qila, Shanti dan Ivonne. Walaupun digarap menjadi tiga cerita berbeza dengan permulaan yang sama, hakikatnya sebagai pembaca tentu anda ingin mengetahui apakah akibat pelbagai keputusan yang dibuat melalui penghujung-penghujung yang lain.


Bahagian kedua kisah ini sedang disiarkan di laman blog Pena VR