
Di dalam lambakan karyawan lama dan baru ini, satu soalan masih menjadi tumpuan iaitu sejauh manakah karya-karya kita telah benar-benar bebas daripada pengaruh Barat dan sejauh manakah kita berjaya menghasilkan karya berasakan keunikan pemikiran, budaya, norma dan nilai budaya Malaysia dengan masyarakat berbilang kaum ini.

Jika dibuka lembaran sejarah, semenjak zaman 1930-an, sastera Malaysia banyak dipengaruhi penulisan Balai Pustaka, Indonesia dan kemudiannya dipengaruhi oleh kesusasteraan Barat.
Di dalam artikel Utusan Malaysia bertajuk Sastera Malaysia - Merdekakah dunia kreatif kita?, penulis S.M.Zakir berkata, "Imej Malaysia dan acuan budaya tempatan dilukiskan dengan baik tetapi tidak dalam bidang kritikan. Kritikan kita masih lemah, tidak kuat dan jauh ketinggalan berbanding Barat. Mungkin boleh disimpulkan dalam aspek ini kita masih berkiblatkan teori-teori asing."
Menurut Syamsudin Othman, pensyarah UPM pula, sastera Malaysia dalam aspek penulisan kreatif berjaya menemukan akarnya sendiri walaupun terbina daripada pengaruh asing.
Terdapat penulis generasi muda tanahair yang berjaya menghasilkan karya-karya eksperimental yang terkeluar daripada kepompong struktural. Contohnya adalah 1515 karya Faisal Tehrani yang berani membuat penafsiran semula fakta sejarah dengan gaya historisisme baru yang biasanya digunakan dalam penulisan pascamoden di Barat. Pendekatan yang sama juga digunakan dalam Sangheeta oleh penulis mapan tanahair, Azizi Abdullah.
(Sumber rujukan : "Sastera Malaysia - Merdekakah dunia kreatif kita?", Utusan Malaysia)
Kota Buku Shenzen
Dalam pada itu, rancangan telah dibuat untuk membina Kota Buku Kuala Lumpur (KBKL), yang akan menghimpunkan pihak terbabit dalam industri perbukuan di bawah satu bumbung. Projek yang mendapat peruntukan RM20 juta ini akan bermula akhir tahun ini dan dijangka siap tahun depan.
Antara objektif KBKL adalah:
1. Menyediakan infrastruktur untuk usahawan buku tempatan beroperasi di bawah satu bumbung
2. Pusat pameran dan jualan buku-buku terbitan penerbit tempatan
3. Pusat sehenti untuk pelbagai urusan berkaitan dengan dunia penerbitan termasuk penterjemahan dan rundingan hak
4. Pusat pengumpulan maklumat tentang perkara berkaitan industri buku negara.
Konsep kota buku ini bukanlah satu perkara baru kerana ianya telah wujud di negara-negara luar seperti di Iran (Kompleks Bandaraya Buku Tehran), China (Shenzen Book City) dan Korea Selatan (Paju Book City).
Adalah diharapkan dengan ujudnya KBKL ini, dunia penulisan tanahair akan menjadi lebih mantap dan rancak dalam menghasilkan karya-karya yang bermutu dan memberikan peluang-peluang baru untuk para penulis dan penerbit tanah air.
Saya melihat bidang kritikan sastera sesuatu yang sukar dilakukan di negara ini kerana lazimnya seseorang penulis itu sukar menerima kritikan. Pengkritik teragak-agak dan selalu disalaherti sebagai menjatuhkan berbeza dengan reviu yang berbetuk puji-pujian yang mungkin disebarkan di mana-mana. mengapa senario itu berlaku? Pada pendapat saya ialah kerana tidak ramai penulis yang ada perjuangan selain soal populairti dan duit. Jadi kritikan dari sudut mana pun masih dianggap menganggu berbeza dengan pujian.Kepada penulis yang mempunyai perjuangan pula saya lihat sangat mengalu-alukan kritikan dan kajian, pada mereka semakin dikritik atau 'ditanam' semakin berjaya lah novel mereka menganggu minda pengkritik. Sekian.
ReplyDeletePada pendapat saya itu bergantung kepada tahap pencapaian seseorang penulis. Penulis baru mungkin perlukan kata-kata semangat untuk "boost confidence", manakala yang telah berpengalaman mungkin lebih 'matang' menangani situasi sedemikian.
ReplyDeleteSatu lagi mungkin 'situasi' di mana teguran dibuat, contohnya jika di dalam satu bengkel 'bedah novel', sepatutnya kritikan dapat menolak sesuatu karya ke takuk yang lebih tinggi dengan cadagan dan saranan. Manakala dalam tujuan promosi mungkin puji-pujian lebih diperlukan untuk menaikkan jualan.
Itu sekadar pendapat peribadi saya yang masih cetek dan mentah di bidang penulisan...
Terima kasih kerai 'otai' sudi memberi komen di blog saya :)
oops.. "...kerai..." -> "...kerana...", typo...
ReplyDelete